WeLcOme My BLOg..sImpLE BloG jE..eNJOy yAAA nAnA yAnA~gArLiENanA.BloGsPOt.CoM

Friday, March 4, 2011

tImE kEbOsANan...

sdh mnjadi kebiasaan pda pelajar..sma ada kolah ataupn u /kolej....
apa tgs seorg pelajar???? :
  • belajar
  • wat keja kolah/assngnmnt
  • belajar dgn rajin...
  • dtg classs..
  • jgn ponteng...
tetapi ada lg diseblik semua 2...knpa student ska tdo dlm classs???
  • boring...
  • sbb tdo lmbt..
  • ngantuk mlas...
 termasuk la aq..akibat terlampau boring sgt dgn madam asyik berletiaq ja kat dpn..bek tdo..huhuh..
dh mnjdi 1 hobi lak bg aq srkg ney TDO DLAM CLASS...so far aq xpnh la terkntoi lg tdo dlm class...
huhuhuh..ney la akibatnya tdo lmbt..bkn stdy tp BERFB...huhu..normal la 2 kn adat student kn...
tp bla time clss ney la akibatnya....smpai madam dh wat denda...20 kupang utk org yg tdoq..waaaa


  
n tlh mnjadi rutin gak kpada nursing group 6/09...yg bdk kat dpn 2..sbuk ja mmbca...tp bku apa yg dibca????novel... bca time lec..huhhuhu...prngai dak2 nursing...



Wednesday, March 2, 2011

hARrY PoTtEr

brum!!!brum!!!!!
nenek kebayan or harry potter????
urmmmm 2 2 pn boleh la..
lokasi:AUDI ACMS

kegilaan bersma oleh dak2 group nursing after assngmnt komuniti...
mkn terlebih sgt ni la akibatnya...
n terlmpau rjin...
anda semua nak blajaq spu smpah cra terbaru lihat la aksi ney...



diya n nana...
nie la cara baru mnyapu smpah...
sklill yg hbt oleh nursing group 7/09

teman yG XKN pERnAh HilnG

Saya pasti tentu setiap daripada kita mempunyai kawan. Kalau tidak kawan karib, kawan biasa-biasa. Ini adalah naluri manusia. Kita diciptakan untuk untuk saling bersosial dan berkomunikasi sesama sendiri. Cuba bayangkan hidup ini tanpa sesiapa untuk kita bercakap dan bermain? Tentu sunyi sepi, bukan.



Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang.
Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.



Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan. 




Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.




Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.



kadang2 walaupun berteman..bermesra.n org nmapk semuanya indah..2
hnya luaran..ada juga hbungan ini pnuh dgn kepaslsuan...knpa ada juga shabt lri bla jmpa shbt baik sndri??????



Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati.

kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam


perhubungan tersebut.





kawan?? mula2 je baek..tp last2 huhu sedey je..sumer xleh diharap...mungkin blom bertemu dgn kawan sejati agy kot..tp sumer ni la mengajar kita erti persahabatan,..dr situ jgk kita dpt menilai seseorg itu..skrg nie sya mls nk berharap untuk mendpt kwn baek,susah da nk cri..asl ade yg menawarkan sesuatu kelebihan or kita susah sikit je,da lari cri kwn bru..walhal kita byk tlg dye time susah dan duka nye..xpe la..redha kan jela..yg penting,kita harus kuat jalani idup di dunia ini..kita bleh idup tnpa kwn sedemikian..masih ade yg memerlukan kita (our family)btol x??sye sdr sy jge bkn la kwn yg bek tp sye cbe tuk jd yg trbek tok kwn2 sya 









Tuesday, March 1, 2011

jErAwAT Oh JeRaWat~tIp MeNhiLaNgKaN jERaWAt

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.



  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilien rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

tIp KeSiHaTaN


Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). 

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- 

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)